FALSAFAH SEKOLAH
1. Murid-murid yang ada di sekolah ini mempunyai potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya. Dengan itu, seluas-luasnya peluang hendaklah diberi kepada murid-muriddi sekolah ini untuk mengembangkan intelek murid-murid itu.
2. Kaum pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan itktisas serta kepercayaan profesional untuk memberi pendidik sempurna.
3. Bahawa sekolah ini mempunyai kebolehan dari segi menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar yang baik untuk melaksanakan program pengajaran serta pembelajaran dengan sempurna Sekolah juga mendidik murid-murid melalui kurikulum, ko-kurikulum dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain untuk memupuk semangat kecintaan.
FALSAFAH SEKOLAH SJK(C) TONGKANG
1.Semua murid adalah sesama dari segi peluang pendidikan dan potensi murid diperkembangkan ke tahap maksima.
2.Bertekad meningkat maju setiap masa.
3.Mengamalkan nilai kasih sayang, jujur, usaha dan jimat cermat.
MATLAMAT SEKOLAH
1.Memperkembangkan potensi murid-murid dalam aspek intelek, rohani, jasmani, dan emosi secara seimbang.
2.Mendidik murid-murid supaya mantap dari segi kemahiran, ilmu pengetahuan, dan emosi untuk melanjutkan 3.pelajaran ke sekolah menengah.
4.Melahirkan murid-murid yang mempunyai sikap positif, bertoleransi dan bertanggungjawab.
5.Menanam tabiat membaca dan gemar membaca seumur hidup di kalangan murid-murid.
6.Mempertingkatkan mutu disiplin di kalangan murid-murid.
OBJEKTIF SEKOLAH
1.Memastikan murid-murid menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.
2.Menguasai kemahiran asas, iaitu membaca, menulis, dan mengira.
3.Berkembang maju dalam bidang akademik dan minat membaca.
4.Aktif dalam bidang sukan dan lain-lain aktiviti ko-kurikulum.
5.Berdisiplin, bertanggungjawab, dan bersikap positif.
6.Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
7.Taat setia, rasa bangga, dan cintakan sekolah.
8.Berdaya usaha dan memimpin serta berkeyakinan.
9.Menghayati kesenian dan kebudayaan.
10.Menghayati kebersihan, keceriaan dan mencintai alam sekitar.
11.Menguasai Sains, Matematik dan Bahasa Melayu.
12.Sentiasa menghormati guru dan orang tua.
13.Menanamkan sikap cintakan keamanan, kesejahteraan serta keharmonian.
14.Memastikan murid-murid mencari kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran.
PIAGAM SJK(C) TONGKANG BATU PAHAT
KAMI GURU DAN KAKITANGAN SRJK(C) TONGKANG .DENGAN PENUH TEKAD DAN KEAZAMAN, BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:
1.Memastikan Pengajaran Dan Pembelajaran Bermula Di Hari Pertama Sesi Persekolahan Baru.
2.Bersedia Memberi Pendidikan Yang Berkualiti Dan Berkuantiti.
3.Memastikan Setiap Guru Dan Kakitangan Memberi Perkhidmatan Yang Cekap Kepada Pelanggan Yang Berurusan Dengan Kami.
4.Sentiasa Memberi Layanan Yang Mesra Kepada Setiap Pelanggan Yang Berurusan Dengan Kami.
5.Sentiasa Responsif Dan Peka Terhadap Keperluan Pelanggan.
6.Bersedia Dan Sanggup Menerima Pendapat Dan Cadangan Membina Daripada Semua Pihak Demi 7.Mempertingkatkan Prestasi Sekolah.
8.Menunaikan tututan Falsafah Pendidikan Malaysia.
9.Mendidik murid-murid dengan penuh mesra dan kasih sayang bagi mewujudkan sekolah penyayang.
Thursday, December 4, 2008
OBJEKTIF & VISI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment